Jun 24

Entry dah lama nie. Pada 20.6.2009 tuh hari aku ronda2 tenangkan fikiran. Trimas kat Senapang (+ member) dengan Saleha Orange (+member) sebab sudi gak lepak2 ngan aku sesambil menembak (shoot gambor) kat City park Seremban 2. Sebenarnya masa aku dok kat Seremban dulu, aku tidak hiraukan sangat City Park nie.. tapi sejak dah jadi warga Sungai Petani, aku memang selalu nak lepak2 kat sane. Si Senapang nie baru 1 minggu beli Canon Eos 450D. Memang sempoi. So kat City Park, kami menembak sakan.

Lepas pada malamnya kami p Putrajaya. Cik Salahe Orange (dia ni warga KCDN) tak join sebab kena balik awai. Kat Putrajaya kami (Pakcik G, mem, adik Pakcik, Senapang + member) jumpe plak si Muiz + Dyla (warga KCDN). Kalau aku balik Seremban, biasanya aku akan jumpe ngan diorang nie. Si Muiz pon minat menembak gak. So malam tuh kami layan Night Photography. Kami p tempat yang sama masa pertama kali aku menembak kat Putrajaya. (Nak tengok gambar lain, kelik je kat flickr aku. http://www.flickr.com/uncle_g). Kami lepak2 sampai lebih kurang kol 12 tgh malam.

More content here. Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: , , , , , , , , , ,

Jan 01

Ini merupakan Entry pertama aku bagi tahun 2009. Aku memang takmo buat entry berkaitan tahun baru. Entah arr.. maybe boring kena kerja 1.1.2009 (kat kedah tak cuti). So tengah buring nie aku nak bagitau skit yang 27.12.2008 (tahun lepas da…) aku pertama kali nye menjejak kaki kat Bukit Bendera, Pulau Pinang. Memang sempoi…. Bukit Bendera nie merupakan salah satu agenda cuti aku tahun lepas. Ikutkan jadual asal, aku lepak dengan bro ZaminOmar jer 27hb yang lepas. Oleh kerana bro zam nie bz.. aku pon p la Bukit Bendera nie ngan bini aku. Ape yang best ekk kat Bukit Bendera? Salah 1 yang best nye korang boleh merasa sendiri menaiki keretapi Bukit Bendera.

ermm

More content here. Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: , , ,

Aug 30
YouTube Preview Image

Merdeka pada tahun 1957 (info lanjut sila kelik Kemerdekaan Tanah Melayu ( 31/08/1957) )

Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Besok (31/08/2008) Malaysia akan menyambut kemerdekaan yang ke 51. Maksudnye, negara kita Malaysia telah bebas dari penjajah dan anasir2 luar. bab anasir luar nie lom pasti sangat sebab terlalu subjektif. Aku bukan nye pandai sangat nak karang2 nie. Aku doakan agar Malaysia terus maju dan sentiasa bebas dan merdeka dalam erti kata yang sebenarnya. bukan bebas tapi masih seperti dibawah tempurung.

Tema : Perpaduan teras kejayaan.

Ini merupakan logo kemerdekaan bagi tahun 2008. Ini adalah sedikit info mengenai logo nie (cut dan paste je nie.. takde ubah suai)

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Info lanjut sila kelik kat Portal 51 Tahun Merdeka 2008 More content here. Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: , ,

Aug 13

Kredit kat Utusan

Sebenarnya aku takmo update lagi aku nye blog. Aku ingat aku nak update bila aku free. Cuma aku rasa aku nak luahkan perasaan kesal/sedih/goblok/tensen bila Uitm plak dipolitikkan. Sudah2 la tuh… jangan la kaco Uitm lagi..

Petikan Dari Utusan

SHAH ALAM 12 Ogos – Lebih 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berarak sejauh dua kilometer di sini hari ini untuk membantah keras cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar universiti itu dibuka kepada bukan bumiputera.

Kumpulan pelajar itu yang sebahagian besarnya memakai kemeja-T berwarna hitam mula berkumpul di Dataran Shah Alam pada pukul 9 pagi sebelum berarak sambil memegang sepanduk menuju ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Berita Lanjut : Utusan.com.my

More content here. Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: , , ,

Mar 09
Wooyooo!!!….
Rasanye ramai dah tau keputusan PRU12 kali nie.. Nampaknya banyak keputusan yang tidak disangka kerajaan berlaku dan banyak keputusan yang dijangka rakyat Malaysia berlaku. Aku bukan nak komen banyak pasal Pilihanraya kali nie cume aku nak bagitau keputusan dia…. (aku tidoq kol 4 pagi semata-mata nak tau perkembangan tanah air kita nie)

Nampaknya kali nie BN kehilangan beberapa buah negeri. Antaranya Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor. Rata² kali nie BN hanya mendapat kemengangan dengan majoriti yang sangat sedikit berbanding dengan PRU yang lepas. Nampaknya kali ini rakyat Malaysia memang melakukan perubahan drastik dalam arena politik Malaysia..
Aku nak komen lebih² pon tak guna. Baik stop sekarang… nak tidoq sekejab..
Info PRU12
 Keputusan muktamad

written by Uncle G

Ajax CommentLuv Enabled c91af3f39744699b706895d8ecfa1f1d