Dec 11
Kali nie aku nak ajar korang macam mana nak login ke dalam admin wordpress korang kalau korang terlupa password. Sebenarnya aku buat tutorial nie khas untuk senapang sebab dia dah lupa password wordpress dia. Tapi belum sempat aku siapkan tutorial nie, dia dah pon buat baru blog dia. Nak buat camne ye tak. Tutorial yang aku nak buat nie hanya akan berjaya jika :-
1. Korang ada hosting sendiri atau boleh mengakses phpmyadmin melalui Cpanel
2. Korang tak lupe id dan password Cpanel korang. Kalau korang lupe gak.. sila la kontek korang nye pihak hosting
Kalau ngam.. kita teruskan dengan tutorial sempoi nie. Okeh.. Memula korang login ke dalam Cpanel website/blog korang. Secara default nya http://domainkorang/cpanal (kalau takleh korang refer balik dengan pihak hosting). Lepas login korang masuk plak ke phpMyadmin (kalau tak perasan.. sila rujuk kat gambar dibawah)

Sekarang bile dah masuk ke dalam phpMyAdmin, korang masuk pulak ke database blog korang. (sila tengok contoh). Database tuh korang buat masa memula setup blog. Takkan korang tak perasan kot…

More content here. Continue reading »
written by Uncle G
\\ tags: senapang, Wordpress
Aug 25
Pergh.. Lama gila aku draf entry nie. Aku takkan bagi tips/tutorial jika aku tak buat sendiri. So bila aku nye email blog sempoi dah siap, aku pon nak hapdet kat sini. Ermm korang mesti ade email berdasarkan domain korang sendiri kan? Contohnya uncle_g@blogsempoi.com atau akukayagile@blogsempoi.com. Memang caree kan kalau ade email berdomainkan sendiri. Tapi kalau la adik-beradik/kawan2/pelawat nakkan email dengan domain korang, korang mesti leceh kan nak kena masuk cpanel hosting korang dan buatkan email tok depa. Kena 20 orang, mau menanah jari. Email sendiri nie tak diperlukan sangat dalam dunia blog nie. Tapi jika korang ade forum/web koperat, email sendiri nie akan berguna. Tapi korang kena monitor selalu sebab takmo orang spam2 nie. Kali nie aku nak buat 1 tutorial paling sempoi camne nak buat email sendiri nie. Kepada sesape yang aku dah bagitau dalam ym tapi masih tak dapat lagi tuh.. boleh cek this out…
Keperluan
- Domain (Top Level Domain shj) dan hosting sendiri (maaf, free hosting spt blogspot tak bley buat)
- Hosting dengan Control Panel (CPanel) dalam cpanel tuh ade setting MX Entry
- Register secara percuma di Gawab.net (pakej percuma 4mb/email)
More content here. Continue reading »
written by Uncle G
\\ tags: domain, email, Tutorial, website
Jun 18
Erkh.. sebenarnya ini merupkan topik susulan yang aku buat berdasarkan topik sebelum ini. Topik nie sebenarnya aku nak buat 1 2 hari lepas topik yang lepas, tapi nak buat camne. Aku bz skit Nak online pon payah.Memang pemilihan domain adalah sangat penting untuk web yang korang nak hasilkan. Nak kata aku nie hebat sangat, tak la tapi setakat nie aku dah 5 top level domain dan 1 sub domain. Yang terbaru blog sempoi nie. Semua domain yang aku beli mempunyai identiti yang tersendiri. Kalau aku nak beli domain, 2 faktor je aku akan ambik kira. More content here. Continue reading »
written by Uncle G
\\ tags: blog sempoi, domain, pilihan, website
Jun 12

Sebenarnya ada 2 3 kawan aku dok msg. Tanya aku ape yang aku buat kalau aku nak buat simple website. Sebenarnya.. kalau diperingkat awal penglibatan aku dalam buat web nie, aku hanya buat html website. Kekadang aku selitkan dengan javascript, flash atau java dalam web2 yang aku buat. Masa nie aku belum tahu ape itu php atau database. Kiranya kali nie aku nak bagi info APA YANG AKU LAKUKAN JIKA AKU HENDAK MEMBUAT SIMPLE WBSITE.
Peringkat pertama..
Aku akan buat pc server. Pc server aku mula2 dihasilkan dengan menggunakan iis server. Kamudian baru aku gunakan pakej nye installer. Kalau korang nak tutorial pasal pc server nie.. korang boleh rujuk kat Tutorial Pc Server.
Selepas install pc server, biasanya aku akan melakar/draf web yang ingin aku buat. Biasanya aku akan draf sekali dengan link (hyperlink) dia.
More content here. Continue reading »
written by Uncle G
\\ tags: blog sempoi, freewebs, ftp, geocities, hostng percuma, pc server, webhosting, website
May 23

Setelah berfikir masak2, aku perlu dan terpaksa mengambil langkah drastik. Aku perlu berubah. Aku tidak mahu menjadi seperti kawan-kawan aku yang terlalu takut untuk mencubanya. Setelah penat aku melayan karenahnya, akhirnya, benda yang aku tunggu2 telah tiba. Puas gak aku menunggu benda nie. Hampir 6 minggu aku menuggu kedatangannya. Tapi mesti korang tertunggu-tunggu apakah benda yang aku maksudkan ini.
More content here. Continue reading »
written by Uncle G
\\ tags: komputer, Linux, Tutorial, ubuntu, windows
Apr 03
Kali nie aku nak bagi 1 tutorial simple macam mana nak menghasilkan pc server. Ape tuh pc server? Pc server nie ialah pc yang boleh meng’host’ atau memberikan perkhidmatan website (laman web). Aku selalu sebut localhost je. Senang. Biasanya sesiapa yang berniat menghasilkan website/laman web akan cuba menghasilkannye dalam pc dahulu. Tak kisah la ape OS (Sistem Operasi) yang digunakan, memang ada cara untuk menghasilkan pc server. Kali nie aku nak bagi info menghasilkan localhost dalam sistem operasi Windows (Vista aku tak pasti la bley guna ke idak). Terdapat banyak applikasi yang membolehkan korang menghasilkan localhost di windows.. antaranya

Ok. Kali nie aku cara menginstall WampServer dan cara menggunakan phpMyAdmin. Aku anggap korang cuba menghasilkan laman web yang menggunakan script php seperti phpBB, Dragonflycms atau Wordpress.
Pakej WampServer :
- Apache 2.2.8
- MySQL 5.0.51a
- PHP 5.2.5
More content here. Continue reading »
written by Uncle G
\\ tags: dragonflycms, localhost, pc server, phpBB, windows, Wordpress