Feb 26

Projek Karatz kini bermula.. Insyallah dalam beberapa entry akan datang, aku akan uploadkan gambo kete/moto yang dah tak digunakan (berkarat), barang2 lama (yang tak bley digunakan lagi) dan ape2 sahaja barang dikira berkarat. Tujuan projek ini senang je.. mengolah gambar2 tersebut menjadi menarik (tak kira arr nak ubahsuai macam mana). Kalau korang ada gambar yang menarik untuk dikongsikan, sila email gambar serta info kat pakcik.. blogsempoi@gmail.com (gambar yang terpilih akan diupload kat blogsempoi.com dan full credit akan diberikan). Layanz gambar pembukaan nie dulu..

KHF1393

More content here. Continue reading »

written by Uncle G \\ tags:

Aug 19

Ramadhan 2009

Ermm seperti taun lepas, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam yang berkunjung ke blog nie ehh ada orang berkunjung ke sini ke? Tahun nie gak merupakan tahun ke 2 aku bakal berpuasa di Negeri Kedah. Yup.. aku dah makin biasa dengan masakan disini (masakan orang N9 biasanya pedas2 berbanding masakan Kedah)

More content here. Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: , , ,

Jun 14

Pada 11 dan 12 hb Jun yang lepas aku telah p Hatyai. Sebenarnya aku tak rancang pon nak p Hatyai nie, last minute nye program. So layan jer arr. Kami ke Hatyai bukan menggunakan passport tapi gunakan Boarder pass (Pas Perjalanan Sempadan). Sesaper yang biasa ke Hatyai mesti tau yang kat sane bukan tempat perlancongan yang menarik. Tapi bandar Hatyai nie lebih kepada Shopping (orang pompuan suka arr istilah shopping nie). So bagi aku takde benda menarik sangat nak dikongsi. Tapi kalau korang kaki shopping.. boleh arr p sane.. nak korang boleh tgk skit gambo kami kat sane..

More content here. Continue reading »

written by Uncle G \\ tags:

May 06

Hamster Albino aku

Cet.. tajuk aku kali poyo je kan. Haha.. memang kali nie aku nak nampak poyo skit. Sejak kebelakangan nie, entry aku agak terskema skit. Asyik2 banyak gambo yang aku letak. Dah macam kena penyakit plak… Penyakit hanya nak postkan gambo tapi malas nak menaip. Aku dapat idea nie bila baca post  XmindfreaX. Dia ada bela Sugar Glider yang bernama Goku. Mesti cantik Goku dia kan.. Jeles plak aku..

More content here. Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: ,

Mar 14

Petang tadi aku p menembak kat Pertandingan Wau, Sungai Petani. Sebenarnya aku dah mintak pandangan dari bro azharcls tentang setting2 dan teknik2 yang boleh digunakan dalam menembak wau nie aku bukan pandai sangat menembak nie…. Jadi dengan hanya berbekalkan Sony A200 ngan lense 75-300 aku pon terus p ke tapak pertandingan dalam kol 4 petang. Mula-mula sampai aku dok melayan depa main wau. Nie le 1st time dalam sejarah idop aku dapat tengok orang main wau secara live. Ade bunyi rupanya wau ni. Ade bunyi dengung2.. Cuaca plak baek.. panas terik (tapi tak sampai 1/2 jam.. terus mendung tiba2). Lepas penat ronda2 baru la aku kuarkan kamera aku tok menembak gambor.

More content here. Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: , , , ,

Jan 13

Celcom Broadband

Nampaknya kesetiaan aku pada Celcom Broadband sampai disini sahaja. Aku dah tak bley bla ngan servis Celcom Broadband nie. Memula aku fikir maybe depa nak update tok beberapa hari je tapi sekarang dah dekat 3 minggu problem. Bayangkan aku nak upload gambar pon dah tak boleh. Nak kata tak laju.. memang laju.. cuma tak boleh nak upload.  Ermm nie antara sebab aku buat keputusan nie

1.  Terkenal dengan kelembapannya + ade limit 5gb (untuk pakej RM68 sebulan la). Bukan selalu lembab pon.. tapi kalau datang time lembab tuh.. kekadang cecah 1 bulan. Yang bestnya.. kalau telefon cus. services.. depa nye alasan HARDWARE UPGRADE atau peak hours.

More content here. Continue reading »

written by Uncle G \\ tags:

Dec 10

Pada 7.12.2008 buat pertama kali aku lepak2 dengan kawan2 photoskool. Aku dah lama gak join photoskool nie tapi tak ler aktif sangat. Almaklum la.. kat forum tuh ramai sangat otai. Antara yang hadir

  • 1. Aku (Uncle G)
  • 2. AnakMinang
  • 3. Ad
  • 4. ZaminOmar aka azroygila2remaja
  • 5. syamsul_air
  • 6. Isrul
  • 7. Member dari Ipoh.. Lupe name.. otai nie
  • 8. dzaher

Depa semua memang sempoi. Aku nak ucapkan terima kasih arr kerana sudi ngajar kami yang sangat sangat newbie dalam bidang photography nie.. tengkiew bebanyak kat abg Zamin Omar yang ensem dan kacak kerana banyak tip2 yang berguna. Kelam kabut gak kami aku ngan adi aka Anak Minang nak update input dalam kepala otak kami. Ermmm nie aku ada upload skit gambo… still gambo bebudak lagi… layanzzz

More content here. Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: ,

Nov 10

Hehe.. Mesti korang ingat aku dah ilang akal kan buat entry macam nie. Lantak arr. Kali nie aku nak kongsi cara² yang betui untuk menjaga bayi anda. Menjaga bayi yang baru lahir adalah sangat penting bagi menjamin kesihatan dan tumbesaran bayi anda. Ramai ibu bapa muda masih keliru dengan tip² dan petua yang berkesan bagi penjagaan bayi anda. Contohnya..

Bayi Kerap Menangis

Susukanlah bayi mengikut kadar kemahuannya.

Dukunglah dia. Seorang bayi mungkin terasa ganjil kerana tidak lagi merasakan suasana hidup seperti dalam rahim ibunya. Dia merasa gelisah dan risau kerana tidak lagi dapat mendengar irama dan rentak degup jantung serta pernafasan ibunya. Kalau anda memeluknya pada waktu-waktu demikian, dia akan kembali tenang. Kalau anda merasa gelisah dan rimas, bayi anda juga akan membuat tindakan balas kepada perasaan anda itu. Oleh itu memeluk dan membelai bayi itu akan dapat membantu anda untuk berehat

Tukarkan lampinnya; ada bayi yang tidak suka lampinnya basah atau lembap.

Tolong bayi untuk sendawa; mungkin ada angin di dalam perutnya yang membuatnya tidak selesa.

Cuba tukarkan keadaan dia berbaring. Bayi anda mungkin merasa penat berbaring mengereng ke kiri. Cuba terlentangkan dia, atau mengerengkan dia ke kanan pula.

Cuba selimutkan dia kemas-kemas. Ada bayi yang merasa lebih selamat kalau dibedung kemas-kemas.

Berikan dia sedikit air masak yang tidak bergula. Gunakan botol susu. Sedikit air yang dihisap itu boleh mengenyangkannya untuk satu ketika yang pendek, tetapi dapat memenuhkan kehendaknya yang mahu menghisap. Air ini tidak akan mengganggu seleranya.

Kalau anda sudah menukarkan lampinnya, sudah mensendawakannya, sudah membedungnya dan sudah memberikannya air, semua ini akan mengambil masa lebih kurang satu jam. Kalau dia masih menangis, berikan dia susu anda lagi. Dia mungkin masih lapar atau mungkin memerlukan sentuhan tubuh anda.

Untuk Petua selanjutnya.. sila lihat gambar dibawah

More content here. Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: , ,

Ajax CommentLuv Enabled c91af3f39744699b706895d8ecfa1f1d