Pergh.. Lama gila aku draf entry nie. Aku takkan bagi tips/tutorial jika aku tak buat sendiri. So bila aku nye email blog sempoi dah siap, aku pon nak hapdet kat sini. Ermm korang mesti ade email berdasarkan domain korang sendiri kan? Contohnya uncle_g@blogsempoi.com atau akukayagile@blogsempoi.com. Memang caree kan kalau ade email berdomainkan sendiri. Tapi kalau la adik-beradik/kawan2/pelawat nakkan email dengan domain korang, korang mesti leceh kan nak kena masuk cpanel hosting korang dan buatkan email tok depa. Kena 20 orang, mau menanah jari. Email sendiri nie tak diperlukan sangat dalam dunia blog nie. Tapi jika korang ade forum/web koperat, email sendiri nie akan berguna. Tapi korang kena monitor selalu sebab takmo orang spam2 nie. Kali nie aku nak buat 1 tutorial paling sempoi camne nak buat email sendiri nie. Kepada sesape yang aku dah bagitau dalam ym tapi masih tak dapat lagi tuh.. boleh cek this out…
Keperluan
- Domain (Top Level Domain shj) dan hosting sendiri (maaf, free hosting spt blogspot tak bley buat)
- Hosting dengan Control Panel (CPanel) dalam cpanel tuh ade setting MX Entry
- Register secara percuma di Gawab.net (pakej percuma 4mb/email)
Cara2 Setup
Lepas korang register kat gawab.net, korang kelik kat setup (lihat gambo kat bawah)

Lepas korang kelik kat setup, 1 wizard akan kuar (new window). Korang just isikan segala maklumat dalam wizard tuh. (tgk gambar kat bawah)

Korang kelik kat Full Branded Services. Lepas tuh korang kelik next plak.

Korang boh plak domain korang dalam ruangan yang disediakan. (hanya domain yang korang beli jer.. jangan plak memandai nak boh domain orang lain). Lepas tuh korang just kelik kat next dan isikan semua butiran yang kuar. Korang pepandai arr buat logo, destination url (aku cadangkan korang gunakan sub domain spt mail.domainkorang.com) hingga la kuar wizard Last Step. Bila dah abis je wizard tuh, bukak korang nye email untuk arahan seterusnya…
Dear System Administrator,
Please modify the MX record for blogsempoi.com to point to “mail.gawab.com”.
Here is what the MX record should look like:
blogsempoi.com. IN MX 10 mail.gawab.com.
Please ensure that this is the ONLY entry in my MX record.
You do NOT need to enter an IP address.
Please do not add a “CNAME” or an “A” record either, just point the MX record to “mail.gawab.com”.Thank you
Erkhh.. dia soh tukar MX Entry plak. Camne nak tukar nie? Senang jer sebenarnya. Korang login ke Cpanel hosting korang, dan cari icon MX Entry. (lihat jer contoh kat bawah nie ha)

Lepas kelik ikon tuh korang just tukar je arr spt dalam arahan email korang.

Lepas korang tukar rekod MX korang, korang kena plak tunggu 2 3 hari. Biasanya aku akan tunggu 3 hari. Lepas rekod MX korang telah berjaya ditukar (biasanya lepas 2 hari), baru la korang p ke step yang seterusnya.

Contoh rekod MX yang telah berjaya ditukar
Korang boleh activate email korang dah. Caranya korang kena la login ke gawab.net (mengunakan id yang korang telah register sebelum nie)

Nie plak gambo activate telah berjaya.

Kalau telah berjaya… korang boleh la godek2/ubah mengubah/testing mengetest dalam Main Page. (Kelik kat domain korang, lepas tuh kelik kat manage… tgk gambo kat atas tuh)

Walla… sekarang korang dah ade email berdomain sendiri dan sesaper je boleh register. korang tak payah la susah payah lagi tolong registerkan. Ops… korang kena la masukkan login page ke dalam web korang. Untuk mendapatkan code dia… korang boleh la usha url nie http://www.gawab.com/gawabcontent/integration_en.html. Wokey.. selamat mencuba….
Tips…
Ape kata korang buat je subdomain khas untuk email korang. Contohnya mail.blogsempoi.com
Kalau korang nak tgk contoh email gunakan gawab nie… try usha http://mail.kenariclub.net

August 25th, 2008 at 10:04 pm
menarik woo ko nyer tutorial nii..tp sbb aku xde plan nak menyumbangkan aku nyer domain email..so xde kepentingan lg la…nanti aku refer sini kalau aku plan nak wat..hehe
Reply
August 25th, 2008 at 10:23 pm
kool!. cmne lak aku nak tetapkan subdomain khas untuk emel aku. aku amat jahil tentang ini. tolong ajar aku pakcik…
Reply
August 12th, 2009 at 3:28 pm
:-Opalahotakkau……….aku bknnya PAK CIK
Reply
August 25th, 2008 at 10:35 pm
dulu aku pernah buat tapi semuanya dikonfigurasi melalui cpanel. tapi disebabkan masalah spam. aku batalkan hasrat aku.
buat masa ni lebih senang gunakan free host email, interface pun cantik eheh.
megats last blog post..Demi Masa Depan, 6 Pelaburan Terpenting
Reply
August 25th, 2008 at 10:44 pm
heheh thanks uncle. ada gak teringat nak create domain nyer email. tapi memandangkan malas nak maintain, tu yg guna gmail je. hehe
Reply
August 26th, 2008 at 1:06 am
hehe.. aku baru tau la..
nanti aku buat kalau tak paham aku tny ko ek.. hehe..
Reply
August 26th, 2008 at 6:08 am
hehe. memang senang nak wat email kita sendiri. masuk je cpanel. dalam 1 minit..aku leh wat banyak email yg pakai domain sendiri nih. Hehe
Reply
August 26th, 2008 at 1:30 pm
good tutorial. aku buat guna domain sendiri dan redirectkan ke yahoo ataupun gmail. hehehe
Reply
August 27th, 2008 at 8:54 am
Aku pun pernah ada akaun ngan Gawab ni……tapi takder perasan pulak function tu. nasib baik tutorial ko menjelma kat sini, boleh aku tengok2kan balik akaun Gawab aku yang dah lapuk tu
p.s. selamat hr jadi untuk mak pakcik.
Reply
August 27th, 2008 at 4:10 pm
terima kaseh pakcik bagi tutorial ini. hihi kebetulan ada tugasan mengenai email ditempat kerja. Jadi tutorial ini ada pada tepat masanya
Darkz05s last blog post..Brilliant Weblog Awards
Reply
August 27th, 2008 at 9:20 pm
info yang menarik pakcik… dulu terfikir juga nak buat tapi ada gmail dgn yahoo pun malas nak check email…heheheeh
mgkn belum perlu lagi kot
nnt bila nk guna, kena dtg sini cari tutorial
Reply
August 28th, 2008 at 3:11 am
Vagus aa pakcik tutorial nih…kena try setting..walaupun malas nak guna…sellu guna gmail jerk..hehehe
Reply
August 28th, 2008 at 8:53 am
mmg sempoi tutorial hari ni..aku nak try wat gak tapi 4mb tu mcm kecik sangat la..
Reply
August 29th, 2008 at 1:34 am
salam pakcik…. klu pkai domain free cam contohnyer: mydomain.co.cc, klu cam tuh bleh ke wat email…?
Reply
August 29th, 2008 at 11:26 am
|1f34|-|1r3 : email foc je nie
aeropama dot com : dalam cpanel ko.. try kelik kat subdomain.. pilih domain dan add new subdomain
megat : memang takut masalah spam.. pakcik buat nie sebab nampak gempak je
KNizam : yup.. pakcik pon gunakan email gmail sebagai main email
menteil : tanya ja kat sini
titan : kalau orang nak register email guna domain kita boleh set dalam cpanel ke? pakcik nye cpanel, pakcik sendiri kena createkan.. tuh wujudnya tutorial nie
taukey : kalau hang sorang je pakai email tuh.. buat je dalam cpanel.. senang
Afzai Afandi : pakcik suka2 je memula.. tak sangka boleh plak…
Darkz05 : kalau koperat/business.. pakcik cadangkan ambik berbayar nye.. lebih selamat dan lebih besar space
Mohd Hafifi : dulu hotmail,yahoo pon 4mb ape.. kalau nak besar skit… kena ambik yang berbayar
hafizashaari : tak bley.. hang kena daftar top level domain gak
Reply
August 29th, 2008 at 9:07 pm
huhu. macam senang aje buat email ni. kene try ni.
Reply
August 29th, 2008 at 9:16 pm
uncle!!
kalau subdomain mcm aku?
boleh tak?
sedih nye tak de domain sendirik ni
Reply
August 30th, 2008 at 10:21 am
ermm saper nak buat tuh elok usahakan beli domain sendiri dulu…
Reply
August 31st, 2008 at 10:34 pm
hohoh aku baru tau pasal bnde ni.. boleh la aku menunjuk2 email menggunakan domain aku.. hahahha
Reply
September 18th, 2008 at 3:16 pm
menarik dan nak cuba!!!
Reply
September 18th, 2008 at 9:19 pm
ermm korang boleh cube.. tapi fungsi nie berguna kalau korang buat portal/forum/website dan korang nak orang lain daftar email domain korang secara sendiri.. kalau tak ramai.. baik korang buat melalui cpanel je
Reply
April 4th, 2009 at 8:15 am
120867Reply
April 4th, 2009 at 8:16 am
Reply
October 2nd, 2009 at 1:07 am
Reply
December 23rd, 2009 at 11:58 pm
knapa lmbat sngat loading email ni mngking tak bgus gawab ni kot
Reply
January 24th, 2010 at 11:32 am
hye…………………………………………………..
Reply