Merdeka pada tahun 1957 (info lanjut sila kelik Kemerdekaan Tanah Melayu ( 31/08/1957) )
Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Besok (31/08/2008) Malaysia akan menyambut kemerdekaan yang ke 51. Maksudnye, negara kita Malaysia telah bebas dari penjajah dan anasir2 luar. bab anasir luar nie lom pasti sangat sebab terlalu subjektif. Aku bukan nye pandai sangat nak karang2 nie. Aku doakan agar Malaysia terus maju dan sentiasa bebas dan merdeka dalam erti kata yang sebenarnya. bukan bebas tapi masih seperti dibawah tempurung.

Tema : Perpaduan teras kejayaan.
Ini merupakan logo kemerdekaan bagi tahun 2008. Ini adalah sedikit info mengenai logo nie (cut dan paste je nie.. takde ubah suai)
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan â€Perpaduan Teras Kejayaanâ€.
3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.
3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.
Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
Info lanjut sila kelik kat Portal 51 Tahun Merdeka 2008

Gambar nie diambik terus dari Noktah Hitam
Lepas jer kita sambut kemerdekaan, kita akan terus sambut Ramadhan. Maksudnye kita akan start ibadah puasa selama sebulan. Pada bulan nie kita juga digalakkan memperbanyakkan ibadah kita seharian. Bulan nie gak biasanya masjid/surau akan start penuh bila orang ramai sembahyang tarawih.
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: “Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.”
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.” Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: “Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?” Dijawab oleh Rasulullah SAW: “Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.”
Dengan nie gak aku ucapkan selamat berpuasa bagi semua umat islam di seluruh dunia dan aku doakan amal ibadah korang diberkati.

August 30th, 2008 at 10:59 am
Selamat menyambut hari kemerdekaan bro..merdeka!merdeka!merdeka!
Reply
August 30th, 2008 at 12:24 pm
jom kita sama-sama memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan di dunia cyber nie.hehehe
Reply
August 30th, 2008 at 1:03 pm
slamat berposa !! selamat menyambut merdeka !
Reply
August 30th, 2008 at 5:11 pm
sambut merdeka kat internet je la hehe.
selamat menyambut hari kemerdekaan negara dan selamat menyambut ramadhan bagi umat islam seluruh dunia!
megats last blog post..Bajet 2009, Kerajaan Prihatin Kepada Rakyat?
Reply
August 30th, 2008 at 6:50 pm
sempat lg aku nak ucapkan selamat merdeka dan selamat menyambut ramadhan pada pakcik…
Reply
August 31st, 2008 at 12:29 pm
salam ramdhan….
Reply
September 1st, 2008 at 12:23 pm
Pakcik~ Mari berpuasa~
Darkz05s last blog post..Merdeka Kita Puasa
Reply
September 1st, 2008 at 7:17 pm
selamat berpuasa pakcik
Reply
September 1st, 2008 at 10:56 pm
slamat berpuasa..slamat merdeka dr syaitan..hehehe
Reply
September 2nd, 2008 at 9:35 pm
bulan puasa dimana kita cuba merdekakan diri kita dari nafsu yang sering membabi buta..salam ramadhan uncle G
Reply
September 3rd, 2008 at 8:26 am
selamat berposer uncle gg…
jgn curik2 makan tau hahaha…
ade org tuh mula la sakit perut tak tahan la.. wakaka..
bila mau singgah kat kedai megaway tuh lagi hehe
Reply
September 3rd, 2008 at 6:11 pm
salam ramadhan dan salam merdeka….
Reply
September 3rd, 2008 at 6:53 pm
selamat berpuasa semua…. hehe… jangan yangyok dah arr..
aredin : hahaha.. tuh zaman bujang.. la ni dah insaf.. kedai kat megaway tuh wujud lagi ke?
Reply
September 8th, 2008 at 9:57 am
gambar klasik tuh !
KNizams last blog post..Bencana Alam Mula Menimpa Malaysia – Banjir Di Kedah, Banjir Kilat di Penang & Tanah Runtuh di Penang
Reply