Oct 06

Weh.. Selamat hari raya aku ucapkan kepada semua pengunjung blog nie. Sekrang aku dah sampai Sungai Petani. Besok dah start keje balik. Waduh.. Malas sungguh aku nak kerja lepas cuti panjang nie. Erm.. masa kat Seremban tuh hari, aku sempat gak godek2 laptop adik aku. Ntah kenape, aku macam minat plak dengan theme MAC OSX. Bersih dan tak kalut sangat. Tapi setahu aku kalau kita guna theme untuk Windows XP memang leceh. Kalau salah download, kita boleh download toyol virus,trojan,spyware sekali. INI FAKTA….

Sampai je kat Sungai Petani, aku pon cari la theme MAC OSX tok bini no 2 aku nie. Tak sampai 5 minit aku dah boleh pakai theme MAC OSX nie. Selama nie aku tak sedar langsung kelebihan linux nie. maklum la aku hanya guna tok online je… Aku masih ingat lagi masa aku gila mencantikkan pc aku dulu2. Masa tuh aku banyak gila download theme tok Windows XP. tak kira arr theme berbayar atau free. yang berbayar aku cari yang crack je. Penyudahnye.. pc aku banyak kali kena format,berat dan menyakitkan hati aku. Tapi bile aku pakai theme tok Ubuntu nie, takde plak pc aku berat.. Nampaknya lepas nie PC bini no 2 aku kembali ceria dengan theme2 yang mengancam la.. :D

Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: ,

Sep 28

Salam Kepada Semua.

Dengan nie aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali aku tak kira la dalam alam nyata atau dalam alam siber nie. Aku guna nak memohon maaf zahir dan batin di atas segala kesalahan yang pernah/telah/sedang atau akan aku lakukan. Kira 0 - 0 la ye. Kalau korang baca artikel nie, aku tengah driving dari Sungai Petani ke kampung halaman aku di Seremban. Yes.. aku orang nogori rupo ehh…

Aku juga nak ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua blogger kat Malaysia nie. mentang2 la aku dah jadi seorang blogger tahun nie. Selamat Menyambut Aidilfitri kepada…

*Artikel nie akan diauto publishkan pada 28/09/2008 kol 11malam. Time tuh aku bertolak ke Seremban
*Gambar asal dari Kad Hari Raya tuh telah diubah oleh aku

written by Uncle G \\ tags:

Sep 22

Kredit Gambar : http://slumberaja.blogspot.com/2008/09/dilemma-lagu-raya.html

Erm.. nie merupakan autopost pertama aku buat. Hehe.. saja nak guna fungsi nie. Nampak arr macam aku selalu menghapdet blog. Weh.. Aidilfitri dah dekat kan? Ape kata kita layan lagu raya. Erm kali nie aku nak promote LAGU RAYA KCDN. Terima kasih la kat pengurusan KCDN kerana menyediakan perkhidmatan lagu nie. Korang boleh dengar je lagu nie… takleh donlot…

URL : Lagu Raya KCDN

Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: , ,

Sep 18

Kalau korang tengok gambar yang dah aku edit tuh, mesti korang ingat aku gila babeng nye pro mengedit dalam adobe photoshop kan? Huhu.. Sebenarnya aku tak la pro langsung. Aku hanya tau sekadar mengedit ‘basic‘ je. Lain arr cikgu tungau aka razali dengan cikgu zakhwan. Diorang nie la sebenarnya yang mengajarkan aku asas adobe photoshop. Korang caya tak aku edit gambar kat atas tuh tak sampai 10 saat pon? Sesiapa yang sememangnya mahir dengan adobe photoshop, mesti tak heran pon. Tapi sesaper yang tak tau/tau basic macam aku mesti heran. aku memula dulu macam tak caya gak benda camni ada. Ni contoh aku gunakan action photoshop yang percuma…

Nie plak aku gunakan action photoshop yang berbayar. Aku bayar dekat 9++ USD. Walaupon hasil fake HDR nie ade sedikit noisy, tapi berbaloi la. Aku juga selitkan sekali perbandingan jika aku gunakan sofware Photomatrix. Kalau korang gunakan photomatrix, korang kena ade fail raw atau beberapa keping gambar yang sama tapi berlainan expose. Tapi aku bukannya pandai sangat dalam HDR nie.. contoh2 HDR yang otai korang bley tengok kat Kriss Kros HDR. Ok.. sekarang meh kita donlot fail action adobe photoshop nie…

Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: , , , ,

Sep 13

Ops.. Sejak 2 menjak nie aku banyak menulis entry mengenai hal peribadi aku. Nak buat camne.. nie je entry yang paling cepat dan tak terlalu pening kepala nak karang ayat. Aku tak dapat selalu online sangat sampai le lepas raya nanti. Sesaper yang ade bertanyakan pasal photoshop tuh, insyallah.. aku cari masa terluang dan hapdet kemudian.. Tuh dia.. intro aku dah merapu dah.. Erkh.. kepada sesape yang tak tau tuh, Pn. Alina nie merangkap bukan pengakap sekolah bini aku. Pada 14.9.2008 genaplah umur Pn. Alina 26 62 tahun. Hehe… dah semakin veteran nampaknya.

Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: , ,

Sep 09

Weh.. bulan nie aku agak sibuk arr.. tak bley nak surfing selalu. Nak baca blog memember pon tak sempat. Lepas raya kot aku tak seberapa bz sangat. Sesambil aku hapdet ke WP 2.6.2, aku nak gak prmote C.S.O ( Crazy Shooter Online ). Game nie sebijik macam Counter-Strike. Sebelum korang p berperang, korang kena arr beli senjata/armor/card. Game nie masih diperingkat Beta dan bila beta nie, korang boleh main secara percuma. bila dah release nanti, maybe kena bayo plak. Rata2 orang Malaysia yang main game nie.

Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: , ,

Sep 03

Adeh.. Blan lepas aku 2 kali kena tag. tag yang pertama datangnye dari brother (Yazid Yahya) juniorim. Bila start blan poser nie, aku free banyak skit banding dengan blan lepas. So aku nak jawab TAG #1 dulu..

1. What is the most important thing in your life?

Jawapan: famili aku…

2. What is the last thing that you bought with your own money?

Jawapan: beli toppup

3. Where do you wish to get married?

Jawapan: aku dah kawen da… lom ade niat nak tambah cawangan lagi

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?

Jawapan: hingga akhir hayat (cam filem je)

5. Are you in love?

Jawapan: YES

6. Where was the last restaurant you had dinner?

Jawapan: Restoren Sireh kat sp… bapak mahal restoren nie

7. Name the latest book that you bought?

Jawapan: libur (tuh mag… kalau buku.. aku tak baca buku)

8. What is your full name?

Jawapan: M. N. Azizee Bin M. Rashid

9. Do you prefer your mother or father

Jawapan: Mother

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.

Jawapan: Jonathan james.. tah sape la tuh kan

11. Christina or Britney?

Jawapan: nak tambah bley… tambah noraniza idris

12. Do you do your own laundry?

Jawapan: apekebenda tuh… tak plak sejak kawin nie

13. The most exciting place you want to go?

Jawapan: Paris, Perth n Dubai

14. Hugs or kisses?

Jawapan: heheh………. slurppppppppppppppppppppppppp

Continue reading »

written by Uncle G \\ tags:

Aug 30
YouTube Preview Image

Merdeka pada tahun 1957 (info lanjut sila kelik Kemerdekaan Tanah Melayu ( 31/08/1957) )

Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Besok (31/08/2008) Malaysia akan menyambut kemerdekaan yang ke 51. Maksudnye, negara kita Malaysia telah bebas dari penjajah dan anasir2 luar. bab anasir luar nie lom pasti sangat sebab terlalu subjektif. Aku bukan nye pandai sangat nak karang2 nie. Aku doakan agar Malaysia terus maju dan sentiasa bebas dan merdeka dalam erti kata yang sebenarnya. bukan bebas tapi masih seperti dibawah tempurung.

Tema : Perpaduan teras kejayaan.

Ini merupakan logo kemerdekaan bagi tahun 2008. Ini adalah sedikit info mengenai logo nie (cut dan paste je nie.. takde ubah suai)

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Info lanjut sila kelik kat Portal 51 Tahun Merdeka 2008

Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: , ,

Ajax CommentLuv Enabled c91af3f39744699b706895d8ecfa1f1d