Blog Sempoi nye permalink Promote Forum SembangKomputer
Aug 13

Kredit kat Utusan

Sebenarnya aku takmo update lagi aku nye blog. Aku ingat aku nak update bila aku free. Cuma aku rasa aku nak luahkan perasaan kesal/sedih/goblok/tensen bila Uitm plak dipolitikkan. Sudah2 la tuh… jangan la kaco Uitm lagi..

Petikan Dari Utusan

SHAH ALAM 12 Ogos – Lebih 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berarak sejauh dua kilometer di sini hari ini untuk membantah keras cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar universiti itu dibuka kepada bukan bumiputera.

Kumpulan pelajar itu yang sebahagian besarnya memakai kemeja-T berwarna hitam mula berkumpul di Dataran Shah Alam pada pukul 9 pagi sebelum berarak sambil memegang sepanduk menuju ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Berita Lanjut : Utusan.com.my

Petikan dari Berita Harian

Pada masa yang sama, lebih 5,000 pelajar UiTM berhimpun di depan pintu masuk utama Bangunan Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bagi membantah cadangan Khalid membuka universiti itu kepada bukan Bumiputera.

Perdana Menteri pada sidang media selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2008 di Serdang, menegaskan perkara berkaitan pengambilan pelajar UiTM bukan dalam bidang kuasa Khalid.

Berita Lanjut : Bharian.com.my

Petikan Dari GPMS Uitm

Pada pagi tadi 12 Ogos 2008 Mahasiswa-Mahasiswi Universiti Teknologi MARA Malaysia mula berkumpul di Padang Kawad, UiTM Malaysia seawal jam 7.00 pagi. Tujuan berkumpul di padang kawad bukan seperti biasa. Tetapi, pada pagi ni mereka berkumpul untuk menyatakan protes di atas cadangan yang telah dipersetujui oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Cadangan untuk membuka sebanyak 10% kuota pelajar UiTM kepada bukan bumiputera serta pelajar asing.

Diketuai oleh Yang DIpertua Majlis Perwakilan Pelajar, UiTM Malaysia Saudara Lokmannulhakim Bin Mohamad Idris. Protes ini juga disokong sepenuhnya oleh Yang DiPertua GPMS-UiTM Malaysia Saudara Mohd Abd Rauf Bin Tumiran.

Berita Lanjut : Gpmsuitm

Dan ini plak petikan dari MB Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) orang yang mencadangkan quota 10% kepada bukan bumiputra.

SUBANG JAYA, 12 Ogos - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan pendapat yang dinyatakannya berhubung pengambilan pelajar bukan bumiputera dan pelajar asing ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak bertujuan menghina masyarakat pengajian tinggi.

Dato’ Menteri Besar berkata ia hanyalah satu cadangan dan beliau memang tiada hak untuk menentukan yang UiTM perlu membuka 10 peratus kuota kemasukan kepada golongan pelajar berkenaan.

“Saya memang tak ada hak…tapi saya hendak mencadangkan, itu saja. UiTM sudah ada pelajar-pelajar bukan Melayu tapi dari luar negeri.

Info Lanjut : Suara Selangor Maju

Aku takmo komen paper.. TAPI LU PK LA SENDIRI

written by Uncle G \\ tags: , , ,

30 Responses to “Protes Pelajar UiTM”

  1. |1f34|-|1r3 Says:

    biasa la beb..semua benda leh dipolitikkan…kalau semut mati tgh jalan diorang nak politikkan pon boleh beb..

    [Reply]

  2. Darkz05 Says:

    apa suda jadi ni?! tempat menimba ilmu pun menjadi jiwa kacau. Fuh~

    Darkz05s last blog post..Bila Aku Bersuara Part2

    [Reply]

  3. zack Says:

    biase??..politik??..anda silap..warga2 uitm neh sudah lame d biarkan tiade competition between race..sbb ape?..sbb bile semua melayu,xde yang akan terase bile sorang ni scorer,lagi sorang ni hampeh..tapi bile ade bangsa laen,sikit pon takot..mula nak start stadi betol2..ako ckp berdasarkan pengalaman dkt upm..dkt upm,ramai je bangsa laen.and at the same time,a healthy competition between student is made in d class room..why?..sbb xkan la nak kasi budak2 cina or india je yg menjawab.kite as melayu kene ade jiwa yg sentiase mahu ke depan..mcm course ako,50% melayu 50% cina..yet,top scorer kiteorg still dari melayu and cina..by the end of the day,its bout our future jugak..ni la org dari uni2 laen ckp..budak2 melayu uitm mmg xpenah sedar d untung.

    [Reply]

    Mohd Hafifi Reply:

    cos aku klu kat malaysia ni aku yakin more than 70% chinese..bukan xsedar zack, ini tentang hak dan ini termaktub dlm perlembagaan klu tak silap aku..

    [Reply]

  4. abdfatah Says:

    kacau periok nasi jadiknya…

    [Reply]

  5. KNizam Says:

    aisey banyak lagi la isu lain kan. ni ha mintak yang aku dok beli neh still mahal lagi la. haha

    [Reply]

  6. Afzai Afandi Says:

    macam2….kekadang letih kepala otak memikirkan politik Malaysia….sebelum ni katanya kerajaan tak mahukan perhimpunan jalanan..bila kes macam ni, disokong pulak perhimpunan jalanan…mana satu betul mana satu tak betul?? aqal yg ada berfikirlah secara matang.

    Isu UITM….bila membabitkan isu bangsa,,ketuanan lah, hak lah..perlembagaan lah..so ..isu ni dianggap sensitif..tapi bila melibatkan agama, mengapa bangsa kita kurang sensitif..isu murtad….isu sosial berapa kerat jer yang sensitif ngan isu2 sebegini…. Apapun, moga isu ini dapat diselesaikan secara aman dan mendapat penyelesaian yang terbaik.

    sekadar pandangan 5 sen aku

    [Reply]

  7. PAAN Says:

    saya merupakan seorang pelajar uitm shah alam.Saya memang berasa agak terkilan dengan tindakan beliau menjadikan uitm sebagai salah satu daripada alat untuk beliau meraih undi.Amat-amat mengecewakan.Beliau sanggup mempertaruhkan masa depan anak melayu,semata-mata nak meraih undi yang tidak seberapa.Nasib baik,masih ada pemimpin-pemimpi yang berfikiran rasional seperti naib canselor saya,dato ibrahim abu shah…semoga melayu terus mara dan maju.

    [Reply]

  8. aredin Says:

    skit2 bangsa lain terutama cina nak hak sama rata mcm melayu…
    ri2 tulisan la kat penang kan… pas2 isu babi..
    la nih uitm lak… majlis peguam soal Islam pun ader..
    yg bengang pasal Uitm nih kluar dr mulut seorg melayu…
    mmg bangang… ptt kite sesama menjaga keistimewaan yg kita dpt..
    bukan menghancurkan..
    nih mula2 10%.. tak lama lagi tgk mesti skit2 tambah…
    nih la jadinye kalo minda fikiran kite dikuasai kaum lain..

    [Reply]

  9. megat Says:

    semakin menjadi-jadi pula politik negara kita ni. berhadapan pula dengan karenah yang boleh sebabkan keharmonian antara kaum.

    siapa punya keje yang mula semua ni!? hu3.

    megats last blog post..Rawatan Alternatif, Perubatan Secara Tradisional

    [Reply]

  10. zakhwan Says:

    bagi aku… pada pendapat aku..PKR jauh lebih bahaya daripada DAP … diketuai oleh melayu yang mahu sama ratakan hak untuk semua kaum…

    [Reply]

  11. muor76 Says:

    jom kite demo gak..
    mrsm provide 10% utk non bumi
    deb tak dilaksanekan di wpi
    matrik diopen utk non bumi
    biasiswa non bumi pon dpt..
    kerajaan cadang nak wat komplek beli belah kat kpg baru..
    kuase sultan dikurangkan

    ape lagi yerk?

    jom ler demo..
    dah ler benteng utk melayu tinggal uitm jerk..
    yg lain semua dah hancur.. sape hancur kan?

    [Reply]

  12. lutt Says:

    alla..no comment just mainan politik. dan rasanya x salah nak campur yang bukan bumiputra..dari sekolah rendah aku da berkawan ngn cina dan india …huhuhuuhu

    [Reply]

  13. xmindfreakx Says:

    bila hal bangsa,agama menjadi mainan politik..aku cuma harap kita tak jadi macam melayu negara jiran kita.Hanya tinggal nama…dan jangan kau semua berbicara tak mengapa kalau kita bukak untuk non-bumi..sebab bila non-bumi sudah mula memerintah sepenuhnya,barulah kau terasa kenapa pemimpin sebelum ini cukup tegas mempertahankan kedaulatan melayu..

    jangan pikir untuk sekarang jer,pikir untuk 50tahun yang akan datang.

    [Reply]

  14. emme Says:

    Ini isu kita mempertahankan maruah la… kalau sekarang bagi 10%, esok lusa 30%, lama-lama?

    Aduh tak paham ke? Kekuasaan kita kat negara sendiri dah terhakis ni…

    [Reply]

  15. Fahmi Says:

    Aku rasa pak khalid tu bagi cadangan je. Lagipun dia mana ada kuasa nak wat benda tu. Bukan tu bawah kementerian ke?

    Nota : admin, tukar link dengan aku ye. link blog ni aku dah bubuh :D

    [Reply]

  16. aeropama dot com Says:

    aku busan dgn propaganda sebegini. kenapa harus dipolitikkan sebesar ini. menjaga ekonomi negara yang dah semput ni lebih penting buat masa sekarang…

    aeropama dot coms last blog post..Jika Aku Pemimpin Malaysia…

    [Reply]

  17. titan Says:

    serius. aku dah bosan.

    [Reply]

  18. najlaa Says:

    salam..adeh lepas satu..satu…x ckup ngan AUKU, kes UITM ni pulak…

    tp nampak cam sket double standard dekat sini…katanya dibwah AUKU pelajar takleh terlibat ngan sebarang perhimpunan…sekali ni digalakkan pulak..haih tak paham..x paham…

    najlaas last blog post..Dewasakah Aku..?

    [Reply]

    afiq Reply:

    >>tp nampak cam sket double standard dekat sini…katanya dibwah AUKU pelajar takleh terlibat ngan sebarang perhimpunan…sekali ni digalakkan pulak..haih tak paham..x paham…<<

    salam..saya merupakan salah seorang wakil uitm pulau pinang dan merupakan salah seorang “org kuat” bagi proses ataupun penggerak bagi bantahan mengenai isu 10% kepada non bumi..memang dalam AUKU menggatakan tidak digalakkan@tidak boleh terlibat dengan sebarang perhimpunan.tapi hendak ditegaskan disini bahawa perhimpunan aman yang dilakukan oleh kami di uitm adalah mendapat kebenaran dari pihak polis dan juga pihak kampus.Ini sejajar mempertahankan maruah org melayu dan maruah pelajar uitm seluruh sistem dan mewakili staf2 mahupun lect uitm seluruh malaysia.Bukan kerana takut@pengecut untuk membenarkan 10% non bumi masuk ke uitm tapi ini adalah hak org melayu sendiri.memang nampak remeh,tapi cuba bayangkan sedikit demi sedikit maruah org melayu@akta 153 iaitu milik keistimewaan org melayu juga sedang dirobek oleh bangsa lain.sedarlah mahasiswa/i.baru2 ini saya membaca artikel yang dikeluarkan keadilah..yang kesalnya ialah ianya seperti merelakan kaum lain mengambil alih pemerintahan uitm..sememangnya MB Selangor tidak mempunyai hak untuk menggubal kemasukan ke uitm namun bila beliau menyuarakan isu terbabit ia seolah2 direlakan oleh org melayu sendiri..belum pun lagi bangsa lain meminta tapi pemimpin sebangsa kita sendiri menyuarakan terlebih dahulu..sebab itu mahasiswa/i UiTM Se-Malaysia membantah secara besar-besaran.Bantahan ini dilakukan demi menjaga kedaulatan UiTM selama 52 tahun dan bukanlah berunsur politik.!!!!!!

    [Reply]

  19. LiwatNajib :) Says:

    LiwatNajib :)
    Uitm Dihatiku dan Dibontotku..

    Allah sahaja yang boleh mengadil perjuangan mu..bayangkan bila hari kiamat nanti..dimuka pengadilan..Sekiranya Allah menghimpunkan orang-orang melayu samada kamu ataupun anak-anak kamu dan memberitahu bahawa syurga hanya akan diberikan kepada orang-orang yang bukan berbangsa melayu ..janganlah berdusta kerana apabila di dunia anda telah menzalimi mereka dengan berarak dan memprotest,menidakkan hak-hak asasi mereka, menidakkan hak untuk sama-sama belajar dan menimba ilmu…maka janganlah anda kecil hati dan berduka kerana segala keburukkan dan ketidakadilan yang anda lakukan di dunia anda pasti akan dibalas diakhirat nanti..saya berharap agar adik-adik kat Uitm bertaubatlah dan insaf..kan baik mengerjakan solat,berdoa..membuat amal..daripada berarak di jalanan dengan memakai baju hitam sambil melaungkan ayat-ayat kesat dan hina.Jangan terlalu ikutkan budaya barat dik..Ini bukan video klip “Welcome To The Black Parade” Anda mahu jadi macam orang Yahudi kah? malu apabila adik-adik perempuan uitm berarak besama kaum laki,ish-ish..Cukuplah luahan saya..tidak ingin ku beri komen lagi..Takkan Melayu Hilang Di Dunia?? Kalau berterusan begini..Lesaplah bangsa kita.

    Saya liwat Saiful.. Sokonglah PR!!

    [Reply]

  20. nuaeman Says:

    Hai.. makin teruk bila isu ni pulak dipolitikkan.. dah jadi satu isu bangsa.. takpelaa.. bangsa perlu dipertahan.. agama dihenyak tak kisah..

    nuaemans last blog post..Celcom Broadband.. Alangkah Bahagianya..

    [Reply]

  21. no one Says:

    salam…

    tu la nak cakap pon dah malas…

    cume pasal kuota tu…cadangan je pon uitm oi…ape lah kuasa die sebagai MB tuk direalisasikan..

    name mahasiswa/i..tapi action korang tak profesional langsung..
    ngan MPP skali tu yg lagi klaka yg amat..

    isu2 kuota dan percentage figure ni dah lame la wei..

    years back mrsm,sbp,matrix,jpa..tade kecoh sebegini yg amat pon…

    bukan ke hak melayu jugak tu..adoi..

    tanak plak ye korang berdemo pasal arak ke…maksiat’s stuff ke..anjuran konsert kat universiti ke…tu babitkan islam tuh..tanak plak korang bangkit ye..

    jangan cepat melatah wahai budak2 u..duit pinjaman n biasiswa yg korang pakai tu duit himpunan sape gak..

    [Reply]

  22. Uncle G Says:

    entah arr… aku no komen.. tapi bagi aku la.. (pendapat orang yang ibarat semut nie).. isu pendidikan/kebajikan bumiputra nie takyah la dipolitikkan…baik umno (kerajaan persekutuan) ataupon barisan altenatif… kot ye pon nak bangkitkan isu kuata uitm nie… takyah ler 10%… baik try test kuata tuh 50% atau lebih…

    huhu… OT.. agak2.. berapa banyak la harga minyak nak turun kali nie….takkan RM0.05 je kot… Lu Fikirlah Sendiri

    [Reply]

    no one Reply:

    0.50 la bai…

    [Reply]

  23. eri Says:

    rasanya buang masa aje semua tu. ntah apa diorang dapat agaknya..

    [Reply]

  24. rkyat msia Says:

    watpe nk kecoh2…
    biala bnd ni setel pelan2…….
    baru isu kecik nak kecoh2…
    tapi..isu ni mmg sensitip pon…
    ap la nk jd…
    bgsa mlyu sndri nak jthkan bgsa melayu sndiri…
    gawat2…..

    [Reply]

  25. yaoupe Says:

    aku bosan la dengan isu2 politik yang melibatkan isu perkauman ni..tak boleh ker kalo kite hidup bersatu padu dengan kewujudan masyarakat yang berbilang kaum…wat penat jer cipta tema gempak2 time negara merdeka,tapi masing2 wat hal sendiri,ikut kepala sendiri…geram betul la…

    [Reply]

  26. elhairee Says:

    aku nak ulas sikt komen zack..ko study kat upm..ko tau ke kat uitm mcm mane…aku dah 6 kat uitm double degree (architecture)..budak2 uitm bukanlah bengap sangat mcm ko sangka tu..dulu boleh la.tempat untuk budak yang tak lepas masuk u…skrang dah world class uni beb…kalu ko takde straight ace..sori la bro nak masuk uitm..ikut kos la…yang dorg kecoh2 sbb hak la..bukan daya saing sihat…kat uitm pun ada daya saiang yang sihat..ko tak caya ko msuk ar..baru tau..walaupun sama2 melayu saingan tetap ada…that why product uitm laku bro kat luar….boleh buat keje…
    aku rasa tak payah nak masukkan kuota 10% tu cukup la dengan kuota untuk international student yang ada….

    [Reply]

  27. nurjengking Says:

    Assalamualaikm…per nk jd dgn politik negara kt nie….boleh kucar kacir d watnya….diowng x sedar2 lg ker…bykkn lar ibadat…..eeee aku benci tol lak…x abis2….wat malu kaum jer…

    [Reply]

Leave a Reply

Ajax CommentLuv Enabled c91af3f39744699b706895d8ecfa1f1d