Aug 18

Aku sebenarnya agak bz skit blan nie. Tak banyak banyak masa yang aku gunakan tok ngadap pc. Sibuk aku tak ler seperti sibuk kempen pilihanraya kecil kat permatang pauh, sibuk dengan pengakuan bersumpah, sibuk dengan bulan kemerdekaan, sibuk dengan Olimpik atau sibuk memperkatakan pingat perak Malaysia dalam badminton. Aku sibuk dengan kerja. Aku online ni pon bila aku dapat sms soh update wordpress. Sebetulnya topik aku kali nie nak mempromote Forum Sembang Komputer. Sebab ape aku promote Forum Sembang Komputer nie? Salah satu sebab owner (MK) nie buat forum khusus membincangankan KOMPUTER. Aku gerenti tak lama lagi pelbagai tip2 yang berguna akan wujud dalam forum tuh. Memang banyak forum lain, tapi ape yang aku nampak menarik… forum nie gunakan bahasa melayu. Dengan nie aku nak ngajak korang jom lepak kat Forum Sembang Komputer.

Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: , , ,

Aug 01

http://www.idhampotrait.com

Kali nie aku nak promote Idham Xpression™. Website nie menyediakan perkidmatan menjual potrait secara online. Aku review nie sebab aku baru jer menggunakan perkhidmatan Idham nie. Kira aku sekarang dengan suka rela dan takpa paksaan nak buat testimonial untuk Idham Xpression™.

Aku respek kat bro Idham nie sebab perkhidmatan yang cekap dan cepat. Nie bukan bodek tapi memang cepat dan mesra pelanggan/pelawat. 1 lagi yang aku berminat nak beli kat web nie, korang boleh lihat hasil yang korang tempah tuh dulu, puas hati baru korang bayar. Perkhimatan penghantaran (pos la) adalah percuma. Korang hanya bayar perkhidmatan potrait tuh jer. Ade beberapa pakej yang disediakan, dari pakej A (RM 30.00) hingga ke pakej F (RM 50.00).. So aku takmo tulis panjang2 lagi.. dengan nie aku bagi 4/5 bintang kat Idham Xpression™.

Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: , ,

Jul 15

Erm dah lama gak aku nak buat enrty nie. Tapi apsal ntah, asyik tertulis entry lain je. Walaupon aku dah menggunakan 70% ubuntu sebagai os rasmi aku, aku tetap jugak masuk windows. Bukan ape.. ade beberapa urusan masih memerlukan windows. Harap kengkawan aku semua jangan salah faham. Aku bukan anti windows. Memang kebelakangan ni aku dah banyak review pasal linux nie, tapi awal kewujutan blog sempoi nie, aku pernah gak review windows based software. Opss.. terlebih sudah.. melalut lagi.. nanti tuan hakim marah..

Tajuk entry aku kali nie bukan ape sangat. Korang yang selalu menggunakan windows tuh mesti selalu install dan remove program kan? Mesti banyak games yang korang download/install lepas lepas abis main korang buang kan? Mesti korang pernah cuba2 software windows lepas tuh bile korang rasa tak best, korang terus shift + del kan? Bila korang selalu install/download lepas tuh korang remove/delete software, ianya kadangkala meninggalkan registry yang salah dalam windows korang. Ape maksud registry yang salah tuh? Adui.. nak aku terangkan secara detail pon aku bukan pakar komputer.Tapi contohnya…

Korang pernah tak tak dapat install sesuatu software semula setelah korang buang software tuh? Aku install AVG antivirus. Lepas tuh aku buang AVG Antivirus tuh sebab aku nak install NOD32. Bila time trial aku tamat, aku cuber nak install AVG Antivirus semula, tetapi gagal. Sebab ape gagal, windows registry aku dah keliru dengan AVG Antivirus yang memula.

Untuk membersihkan daki registry salah registry dalam windows tuh, aku cadangkan korang gunakan Regseeker. Aku dah lama gunakan Regseeker nie dah setakat nie aku memang puas hati. Tak pernah plak windows aku crash. Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: , ,

May 16

Tajuk kali nie macam pelik je kan. Ermm.. biasak arr.. aku nie memang tak pandai nak karang dengan tak pandai bubuh tajuk kat topik² aku. Main hantam je la gamaknye. Mesti korang biasa guna Photoshop kan untuk ubahsuai gambar korang jadi cun melecun. Aku pon guna Adobe Photoshop gak tok editing gambor. Aku guna opis aku nye. ORI ma. Pc kat rumah aku tak pakai adobe photoshop sebab berat. Sebenarnya aku pon ade gak pakai Adobe photoshop tapi versi cetak rompak.. nak buang la ni sebab dah ada Ops Tulen. Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: , , , , , ,

Apr 06

Haha.. Memang kali nie aku nye tajuk nampak pelik. Hehe.. aku dari dulu memang tak pandai bagi tajuk dalam blog aku. Tapi takpe, aku rasa benda yang aku nak tulis nie pon memang ramai yang dah tau. Cube tengok gambar di bawah….

Ha.. mesti dah ada yang peasan dah ape topik yang nak aku tuliskan kali nie!. Macam dah ketinggalan zaman kan baru nak tulis tentang Gravatar nie. Aku tau pon pasal Gravatar nie bila Cypherhackz komen kat blog aku. Bila aku approve je komen dia, baru aku perasan kat nick dia ada icon. Cube tengok gambar diatas. So aku pon sibuk la YM dengan kengkawan aku kenape ada icon kat komen Chypherhackz. Then baru la aku tau yang Chypherhackz telah pon mendaftar di www.gravatar.com. Aku pon ape lagi, aku terus arr mendaftar kat sana. Sila masuk lama web Gravatar jika korang nak tau info mengenai Gravatar.

What is a gravatar?

A gravatar, or globally recognized avatar, is quite simply an avatar image that follows you from weblog to weblog appearing beside your name when you comment on gravatar enabled sites. Avatars help identify your posts on web forums, so why not on weblogs?

Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: , , ,

Ajax CommentLuv Enabled c91af3f39744699b706895d8ecfa1f1d