- Mari Membaca Dinding Tepi Tayar anda!!!!
kita memandu kereta setiap hari, mesti nampak tayar kereta sendiri tiap hari. nampak ada brand lah, ada nombor2 lah, ada bulat lah, ada tulisan kecik lah, tulisan besar lah. APO BONDO tu sumo eh? APO MAKNO eh? carut apa itu? hahahahah
tengok gambar bawah ni

A – Nama pengeluar / nama brand
B – Saiz tayar, tujuan dan tahap kelajuan tayar.
C – Jenis tayar dibuat
D – Jenis permukaan yang sesuai utk tayar -> lumpur, salji
E – Tekanan tayar
F – ECE approval
G – North American Dept of Transport compliance simbol nombor id
H – Negara pengeluar.
Selain dari benda atas ni, kadang kita ada juga nampak tanda2 lain yg ada pada dinding tepi tayar.
+ Kadar suhu tayar – menunjukkan berapa bagus untuk tayar itu mampu menahan kepanasan yang dibina ketika berjalan (kemampuan menahan panas).
“A” = paling bagus, “C” = paling rendah
+ Kadar cengkaman tayar – menunjukkan kemampuan tayar untuk berhenti ketika basah
“AA” = paling bagus, “C” = paling rendah
+ kalau kita tengok kat tanda G pada gambar rajah, dua huruf selepas perkataan ‘DOT’, bermaksud, pengeluaran tayar itu secara terperinci. (nama syarikat dan negara kilang). setiap kilang tayar didunia, ada kod masing2. kalau “FA” kat gambar atas ni, bermaksud “The Yokohama Rubber Company, Limited, Hiratsuka, Kanagawa-Pref, Japan”
Kalau tayar biasa kita nampak kat negara kita, mungkin nampak “2D” bermaksud Silverstone Tire & Rubber Company Sdn Bhd, Taiping, Perak, Malaysia
- Tanda tambahan pada tayar
* “Star”: tayar asal untuk BMW
* B: Bias – biasa utk motorsikal lah!!!
* BSW: Black SideWall – dinding tepi warna hitam
* C: Commercial; tayar untuk lori ringan
* E4: Tayar yang lulus mengikut undang2 ECE
* FR: Flange Rib – bibir luar tayar yg kat rim, utk lindung rim dari calar atau bengkok bila terkena “kerb” atau lubang. kat mesia, ada yg panggil “rim guard”
* LT: Light Truck tyres. – utk lori ringan (sama dgn C)
* M0: Tayar asal untuk Mercedes-Benz
* M+S, or M&S: Mud and Snow – jenis permukaan yg sesuai utk tayar – salji atau lumpur
* Made in …: Negara asal pengeluar
* N(number): Tayar asal untuk porsche
* OWL: Outline White Lettering – tulisan putih lah
* SL: Standard Load; tayar utk kegunaan biasa
* TL: Tubeless – takdo pakai tube
* TT: Tube-type, tayar mesti pakai tube
* TWI: Tread Wear Indicator. – penunjuk kehausan bunga tayar
* WSW: White SideWall – dinding tepi tayar warna putih
* XL: eXtra Load; tayar utk kenderaan berat
* Arrows: arah pusingan tayar
- DOT dan umur tayar?
kalau kita tengok kat tayar kita, dekat2 dengan perkataan DOT tu, mesti nampak 3 atau 4 nombor.
ok, 4 nombor tu, menunjukkan bila tayar tu dibuat.
INGAT!! jangan guna tayar melebihi dari 6 tahun dari masa dikeluarkan.
3 nombor tu, menunjukkan tayar tu dikeluarkan SEBELUM tahun 2000.
4 nombor pula, menunjukkan tayar tu dikeluarkan SELEPAS tahun 2000.
Cara membaca umur tayar / bila tayar itu dibuat
kalau kita nampak 4 nombor dekat2 dengan DOT tu, seperti 3505, 35 tu bermaksud tayar itu dikeluarkan pada minggu ke-35, dan 05 itu bermaksud tayar itu dikeluarkan pada tahun 2005
- Tanda Saiz Tayar
mungkin ramai dah tau pasal saiz tayar bila baca kat dinding tepi tayar. tapi mungkin juga yg tak berapa jelas dgn detail maksud tulisan kat saiz tayar tu. aku terangkan gak lah.
165 55 H R 14
165 = saiz lebar tayar.
55 = saiz tebal tayar.
H = Kadar kelajuan untuk tayar (speed rating)
R = Radial
14 = saiz rim / wheel
kalau tayar untuk besar, selalu kita nampak byk lagi kod2 pada saiz tayar yang kita tak faham
contoh,
185 65 R 13 91 H
185 = saiz lebar tayar
65 = saiz tebal tayar
R = Radial
13 = Saiz rim
91 = Load index (indeks berat)
H = kadar kelajuan
ada juga kita nampak pada tayar utk kereta2 besar, lagi banyak kod2 pada saiz tayarnya
contoh,
180 55 ZR 17 73W
180 = saiz lebar tayar
55 = saiz tebal tayar
Z = kelajuan 149mph+
R = Radial
17 = saiz rim (diameter)
73 = load index
W = kadar kelajuan
Maksud tiap2 huruf untuk Load index

Maksud tiap2 huruf untuk kadar kelajuan (maksimum)

owh itu MPH, susah lah nak kira dgn KMH.
nah aku bagi yg simple punya kira2.
L 120 kmh
M 130 kmh
N 140 kmh
P 150 kmh
Q 160 kmh
R 170 kmh
S 180 kmh
T 190 kmh
U 200 kmh
H 210 kmh
V 240 kmh
W 270 kmh
Y 300 kmh
Z 240+ kmh
itu saja untuk kali ini. lain masa (bila aku ada masa lebih!!!) kita belajar plak pasal bunga tayar, maksud warna belang, titik2 berwarna pada tayar.
kesimpulannya,
sila peka dengan maksud kod2 pada tayar anda demi keselamatan anda.
CHEERS!!
p/s – sapa2 nak salin benda ni, aku benarkan, asalkan korang “QUOTE” benda ni datang dari tulisan budak kenariclub.net !!!!
- utk tayar biasa dan bukan utk tayar luarbiasa seperti tayar kapal terbang, JCB, tayar penggerak pelancar roket etc.
references
- carbibles
- wiki
- experience
—————————————————
Artikel atas nie aku tiru bulat2 dari topik yang dibuka oleh Encik Mohd Abu Star dan topik ini juga merupakan kupasan lengkap mengenai Info Sempoi : Maksud Nombor Pada Tayar Kereta Anda

July 17th, 2009 at 5:54 pm
baguih ni..
jipang_menjerit@UbuntuSeekers´s last blog ..Artikel Pertama UbuntuSeekers.com 
jawabnye kena beli tayar Z la kalau nak bawak laju..
ekekeke
Reply
July 20th, 2009 at 7:28 pm
kalo ade kete sepot boleh la bro…
Reply
July 20th, 2009 at 5:48 pm
aku ingat kau dah start jual tayar..
xmindfreakx´s last blog ..Chapter Zero:Prologue – Coming Soon -
Reply
July 20th, 2009 at 7:28 pm
haha.. info nie orang juai tayar pon ada yang tak tau bro
Reply
July 21st, 2009 at 8:07 am
den dr ari2 nak blaja benda nih..
dulu ko cite den da lupo…
nice info..
Reply
July 22nd, 2009 at 10:24 pm
ko pon da jarang masuk forum.. aku copy dan paste je nie
Reply
July 27th, 2009 at 11:56 pm
dulu pernah nak guna sport rim ayah mertua..tapi rupa2nya saiz tayar lain laaa..
sufian´s last blog ..vsHub – Virtual Shopping Hub
Reply
July 31st, 2009 at 9:54 pm
nie pon pakcik copy dan paste je nie
Reply
August 4th, 2009 at 11:04 am
bagus2…aku tak penah hamek kesah pon pasal tulisan2 sblm nih
aku cuma tau, pam tayar je..wakaka
skrg da tau sket2…maceyh
senapang´s last blog ..Welcome my new car…. hahahaha
Reply
August 5th, 2009 at 9:35 pm
pakcik dulu wat bodo je…
Reply
August 5th, 2009 at 6:35 pm
senapang kau wat pe tu hah.kau gila ke
Reply
August 5th, 2009 at 9:36 pm
salam… sape nie
Reply
August 5th, 2009 at 6:36 pm
nape tak bls
Reply
August 5th, 2009 at 6:37 pm
tayar pancit….hahahahaha…………………..
Reply
August 5th, 2009 at 8:36 pm
hoho..faham sudah aku..
titan´s last blog ..Dunia Titan bukan Dunia Satu Warna
Reply
August 18th, 2009 at 4:32 pm
nak mengadu… kite dah jadi mangsa penipuan bengkel.. memg betulla org kate.. kalo org pompuan kalo boleh pegi bengkel bawak la kawan lelaki ker. suami ke.. adik lelaki ke..abg ke .. huhu..kalo dak..ha..jadila mcm kite ni…. !!!
dah kena tipu.. 2nd hand tayar yg dah beberapa bulan kite guna tu rupenye tayar lorek..now effect nye..dah tak sedap pakai.. haus..!!.. n mcm2 lagik la…
SitiLavender´s last blog ..MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA 
Reply
October 3rd, 2009 at 12:06 am
salam…
mmg sangat sangat bgs dan berguna info ini.
dah lama cari baru guna info y ditail laGI berguna ini.
trma ksh….
Reply
October 22nd, 2009 at 7:48 pm
thanks a lot untk info 2.aku dah lama nk cari tips2 nie.slalu keliru tentang tayar
Reply