Jun 27

+

Sebenarnya aku memang dah lama tau pasal Wine HQ nie. Wine HQ nie merupakan perisian yang membolehkan korang run program windows dalam sistem operasi linux. (format berbentuk *.exe) Memang sebelum nie aku malas nak install Wine HQ nie tapi isteri aku bosan/bising sebab dia terpaksa login ke windows jika dia nak main games. Kebanyakannya games simple berbentuk flash.

Kalau nak install Wine HQ nie dalam Ubuntu, korang just click Applications lepas tuh click Add/Remove.. lepas tuh taip Wine dalam kotak search.

Sebelum nie aku memang tak suka sangat dengan Wine HQ nie sebab terpaksa mencari fail *.dll sebelum dapat runkan program windows. Tapi sekarang dah berbeza. Dah la tuh, tak payah nak right click untuk run kan program *.exe. Korang just duble click je terus running macam dalam sistem windows gak.

Proses install Wine HQ selesai. Lepas tuh aku hanya perlu cari fail games dalam folder windows. Tak payah nak install games yang lain. Memang senang.

Setelah beberapa hari menggunakan Wine HQ yang terbaru nie, aku dapati akan keluar error kalau kita run kan games yang menggunakan resolution kurang dari 800*600 (maklum la, games flash… mana pakai graphic power sangat). Kita terpaksa setkan semula Screen Resolution Ubuntu kita.

Banyak tak flash game dalam pc aku. Hehe… Comfirm boleh main Frets on Fire

Ermm kalau korang nak tengok program/applikasi mana yang dah boleh running dalam Wine HQ nie.. korang boleh la usha kat web http://appdb.winehq.org/. Kalau korang nak tau maklumat lanjut pasal Wine HQ nie, korang boleh usha website rasmi depa.. http://www.winehq.org/.

p/s: Aku nak ucapkan terima kasih pada en. zachwan aka zakhwan dan en. tungau sebab mempenalkan aku dengan Wine HQ pada tahun lepas.

written by Uncle G \\ tags: , , , , ,

17 Responses to “Wine HQ + Ubuntu”

  1. Fahmishah Says:

    aku ada niat nak pakai Ubuntu.bile masa nye ek? haha

    Fahmishahs last blog post..WoW! RM1,000,000.00 Untuk Atlet Malaysia

    Reply

  2. Dark Lord Beyta Says:

    tp aku masih bengang lagi. sejak dulu sampai la ni version 1.0 ni pun still masih problem kat photoshop… aky dah cube banyak kali… untuk uninstall semula software yang kita install tu pun satu lagi masalah…

    Dark Lord Beytas last blog post..Kuasa Hardy Heron

    Reply

  3. Darkz05 Says:

    software yang terbaek juga ni ;)

    p/s: banyak seh game flash. tak sharing kat blogs uncle ke? hehe =P

    Reply

  4. wan Says:

    biar betul tuh g. ko download wine tuh sampai berapa ribu hari tuh? program wine nie berapa besar? ko tak nak buat tuturial guna gimp ke? sampai sekarang aku masih tercari-cari tuning yang sesuai gimp ni

    Reply

  5. budakmerah Says:

    nmpk nye akoo tergolong dlm golongan yg ketinggalan.

    Reply

  6. adib. Says:

    aku pun main jugak frets on fire…tapi lagu senang ja la…dah cuba canon ? susah gila…

    adib.s last blog post..The Best High Tech Prank

    Reply

  7. zakhwan Says:

    sama2 g. dulu2 sempat main counter strike gune arak* ni…

    Reply

  8. Uncle G Says:

    Fahmishah : try dulu ubuntu nie.. :D
    Dark Lord Beyta : memang banyak yang belum sapot tapi hang bley try n error dulu
    Darkz05 : ermmm nak ke? nanti aku upload ye…
    wan : gimp.. aku pon masih cuba2 nie.. dah jadi nanti aku bagitau hang
    budakmerah : pakcik pon dah jauh ketinggalan.. nie baru nak start balik nie
    adib : aku pon masih main lagu yang biasa2 je.. adik aku yang bagi game tuh kat aku
    zakhwan : hehehe.. sekarang aku guna pc kat umah je.. tak buat networking dah.. zaman skrang linux nie dah senang… huhu.. dulu kita sesama peringkat belajar ape tuh samba.. squid… gurau2.. hehehe… skrang linux digunakan tok end user.. desktop enviroment dia pon dah advance…

    Reply

  9. kita Says:

    ermmm…..tapi kadang2 kita tak leh tinggalkan windows ler..umpama sudah ada perjanjian hidup mati dengan windows :)

    Reply

  10. zakhwan Says:

    skrg ni windows berjaya monopoli market… hampir 80-90% software popular adalah utk windows.. jadi paham2 la… kite susah sket nak lari dari windows

    Reply

  11. Uncle G Says:

    betui tuh.. banyak software dibangunkan khas untuk windows user. lagi 1 faktor yang buatkan orang fikir 2 3 kali guna linux nie, tiada sapot. kita terpaksa mencari penyelesaian sendiri jika berlaku ape2 problem. aku sendiri ambik masa yang lama tok cari setting online gunakan celcom atas linux(ubuntu) nie. walaupon kebanyakkan software windows nie kena bayo… kita boleh cari yang crack/hack (aku tak galakkan guna crack.. belilah yang original.. hehehehe..)

    Reply

  12. tungau Says:

    ermm… aku dah guna wine hq nie… siap guna mirc32 versi win lg…tp bg yg suka mirc script… kebanyakan fucntion utk run script ada command run exe lain memang tak boleh jalan….game x leh la sb hardisk aku baru 4 gig je :))

    Reply

  13. nasrun Says:

    Aku pon nak try jugak la uncle G.. Thanks for this info..
    Memang ketinggalan skit dalam bab2 ni.. hehe..

    nasruns last blog post..Majalah IM 5 Edisi Jun

    Reply

  14. Uncle G Says:

    tungau : hang dah bley try.. dah lain dari tahun lepas nye
    nasrun : pakcik pon masih belajar

    Reply

  15. |1f34|-|1r3 Says:

    aku pon dah lama xguna linux ni..so xde la guna Wine…dulu aku guna utk run game freecell jer..aku suka main game tuh…kalau nak menipu dalam Freecell…aku ada cara dia..tgk kt blog aku

    Reply

  16. sothye Says:

    Salam Uncle G,

    Thanks for the info. My wife’s laptop Ubuntu Intrepid baru je install kelmarin. Skg tgh proses menggodek2… Nak try Wine mlm ni…

    Ada lagi satu app yg extended from Wine, CrossOver
    http://www.howtoforge.com/running-windows-programs-on-ubuntu-8.10-with-crossover-linux-pro-7.1.0

    sothyes last blog post..2 panel roman blinds with English style fabric (ENG06)

    Reply

  17. Kalau Aku Edit Gambar | BlogSempoi.Com Says:

    [...] menggunakan Adobe Photoshop. Saper kata Adobe Photoshop takbley pasang dalam Ubuntu. Dengan bantuan WineHQ, aku sememangnya sudah lama menggunakan Adobe Photoshop CS2 (setakat nie CS3 ngan CS4 masih [...]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
:-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) (K) (I) (L) (8) :-O (T) (G) (F) :-( (H) :-) (*) :-D (N) (Y) :-P (U) (W) ;-)

Ajax CommentLuv Enabled c91af3f39744699b706895d8ecfa1f1d